Antarabangsa

Menteri Luar Turki Selar AS ‘Buli’ Arab Saudi Isu Minyak

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MERSIN, 24 Oktober 2022 – Menteri Luar Turkiye, Mevlut Cavusoglu telah mengkritik Amerika Syarikat (AS) kerana menggunakan retorik kasar terhadap Arab Saudi berkenaan isu pengurangan pengeluaran minyak.

Lapor berita antarabangsa, beliau menyifatkan pendekatan terbaru Washington terhadap kerajaan Saudi sebagai satu ‘pembulian’.

Pada 5 Oktober lalu, Arab Saudi, yang mempengerusikan kartel Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) bersama 10 sekutunya yang diketuai Rusia telah bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran minyak dunia iaitu kira-kira 2 juta tong sehari.

Rumah Putih mendakwa ia bukan sahaja memberi sokongan tetapi juga bersungguh-sungguh untuk memastikan blok itu melaksanakannya dan memberi tekanan kepada negara lain.

Walau bagaimanapun, laporan berita tempatan mengatakan, Presiden AS, Joe Biden yang cuba menghalang Rusia daripada mengaut keuntungan penjualan minyak, menganggap keputusan itu sebagai ‘mementingkan diri sendiri’ dan akan menjejaskan hubungan baik antara Riyadh dan Washington.

Mengulas lanjut, keputusan untuk mengurangkan pengeluaran minyak berlaku hampir sebulan sebelum pilihan raya separuh penggal AS, di mana golongan demokrat terdedah kepada kekalahan disebabkan harga gas yang lebih tinggi di negara yang berleluasa inflasinya sekali gus mengurangkan prospek pilihan raya mereka.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: