Tempatan

Menteri Jamin Harga Barangan Stabil Sepanjang Tahun, Dakwaan Naik Sebab PRN

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SETAPAK, 12 Julai 2023 – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub memberi jaminan bahawa harga barangan masih terkawal sepanjang tahun bahkan beliau tidak menolak kemungkinan dakwaan harga naik berlaku disebabkan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri bulan depan.

Ujarnya, harga barangan asas terutamanya yang bersubsidi tidak mengalami kenaikan harga.

Tinjauan Kementerian juga mendapati harga ayam, telur, minyak RON95 dan diesel masih berada pada harga yang ditetapkan dan terkawal.

BACA JUGA: “Saya Akan Buktikan DAP Main Isu Perkauman”, Annuar Musa Saman Balas Kit Siang

BACA JUGA: Tular Video Queer Bernikah, Netizen Bidas Penyokong LGBT

BACA JUGA: Lagi Insiden Bakar & Campak Al-Quran, Kali Ini Di Jerman

Sementara itu, Salahuddin memaklumkan, terdapat beberapa pasar raya yang mengambil inisiatif menjual harga minyak masak keemasan botol 5kg pada harga lebih rendah berbanding yang ditetapkan Kerajaan.

Katanya, “Berdasarkan libat urus yang kita dah panggil hampir 30 industri dengan kementerian minggu lepas, mereka semacam memberi kata sepakat tidak mungkin berlaku kenaikan yang melampau (sehingga hujung tahun ini).”

“Kalau ada pun mereka akan runding kembali dengan pihak Kerajaan untuk kita lihat (kembali) harga-harga tersebut.”

Justeru itu, beliau mengharapkan agar rakyat bertenang dan tidak mudah terpengaruh dengan serangan-serangan menjelang PRN.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: