Antarabangsa

Menteri Bangladesh Ikrar Buang Islam Dari Agama Negara

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

DHAKA, 22 Oktober 2021 – “Saya tidak fikir Islam adalah agama negara kita. Kita akan menggubal rang undang-undang di bawah pimpinan Perdana Menteri Sheikh Hasina untuk kembali semula kepada perlembagaan tahun 1972 yang dibawa oleh Bangabandhu (Sheikh Mujibur). Walaupun tidak ada siapa yang mengutarakannya, Murad sendiri akan bercakap dalam Parlimen,” ikrar Menteri Penerangan Bangladesh, Murad Hassan.

Menurutnya, Bangladesh adalah sebuah negara sekular dan Islam bukanlah agama negara. Maka, beliau berjanji negara yang majoritinya Muslim Sunni itu akan kembali semula kepada perlembagaan sekular mereka yang asal.

Selain ikrar itu, Menteri dari parti pemerintah Liga Awami ini juga menghentam bekas diktator-diktator yang menerapkan Islam di dalam perlembagaan sebagai agama negara.

Gerakan membuang Islam sebagai agama negara di Bangladesh sebenarnya bermula dari tahun 2016. Ia diutarakan oleh pimpinan teratas Parti Liga Awami, Dr Abdur Razzak yang mendakwa rakyat Bangladesh sudah memeluk “sekularisma”.

Islam diinstitusikan sebagai agama negara dalam Perlembagaan Bangladesh pada tahun 1980. Ia dipinda sewaktu pemerintahan Jeneral HM Ershad.

Pindaan itu meletakkan kalimah “dengan nama Allah, yang Maha Permurah lagi Maha Penyayang” di awal perenggan perlembagaan.

Kebanyakan rakyat Bangladesh adalah Muslim Sunni, sementara Hindu adalah minoriti agama terbesar di negara itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: