Tempatan

Mentega Terbang: Polis Sudah Ambil Keterangan Pengarah, Pelakon

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 11 Mac 2023 – Susulan kontroversi melibatkan filem Mentega Terbang baru-baru ini, pihak polis telah merekodkan kenyataan daripada pengarah dan salah seorang pelakon filem berkenaan semalam.

Sumber tempatan melaporkan, pengarah Khairi Anwar Jailani dan pelakon Arjun Thanaraju telah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk memberi keterangan.

Kedua-dua mereka disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana menyebabkan ketidakharmonian, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana kenyataan yang mencetus ketakutan dan kegentaran awam, dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (CMA) 1998 bagi penggunaan kemudahan rangkaian tidak wajar.

Setelah selesai memberi keterangan, Khairi berkata, “Kami memberikan kerjasama penuh dan menjawab semua soalan yang diajukan pihak polis.”

Menurutnya, pengarah filem harus diberi kebebasan dalam kreativiti mereka malah tugas mereka adalah untuk mengetengahkan isu semasa.

BACA JUGA: Hujan Berkurangan, Malaysia Dijangka Alami Kenaikan Suhu

BACA JUGA: Menteri Luar Arab Saudi Mahu Jadi Pendamai Krisis Rusia-Ukraine

BACA JUGA: Guan Eng Nafi Batalkan Pengecualian Cukai Yayasan Syed Mokhtar Al-Bukhary

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan filem ini mempunyai pertentangan yang jelas dengan akidah dan cara kehidupan umat Islam di Malaysia yang beraliran Mazhab Syafie.

Dimaklumkan juga bahawa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menurunkan filem tersebut daripada platform Viu sekali gus komited untuk bekerjasama dengan JAKIM bagi memantau sebarang kandungan yang bercanggah dengan ajaran Islam.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: