Tempatan

Memoir: Tommy Thomas Langkau Prinsip & Langgar Sumpah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR – Memoir karya bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas berjudul ‘My Story: Justice in the Wilderness’ menjadi kontroversi selepas pendedahannya disifatkan telah melanggar sumpah rahsia sebagai bekas Peguam Negara selain melangkau prinsip-prinsip nama baik.

Persatuan Pegawai-Pegawai Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (JALSOA)  dalam satu kenyataan berkata, dakwaan Tommy  itu  bercanggah dengan tugas sebenar  pegawai  undang-undang yang sentiasa menjalankan amanah dipertanggungjawabkan menurut peruntukan undang-undang tanpa mengira siapa Peguam Negara atau kerajaan yang memerintah.

“Pandangan Tommy amat tidak bertamadun dan mencerminkan kedangkalan pemikirannya. Apa-apa jua perasaan tidak puas hati beliau semasa berurusan dengan pegawai undang undang tidak wajar dan tidak patut dicoretkan untuk tatapan umum. Persepsi tersebut adalah ciptaan beliau  atas kegagalannya dalam menerajui Jabatan Peguam Negara serta memahami pentadbiran perkhidmatan awam.”

Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim pula menegaskan, Tommy seharusnya memegang teguh kepada sumpah setia jawatan serta sumpah simpan rahsia ketika dilantik sebagai Peguam Negara.

“Tommy mengangkat sumpah rahsia dan sumpah setia jawatan sebagai bekas Peguam Negara.”

“Di sebalik pendedahan yang dilakukan melalui bukunya, beliau nampaknya telah melangkaui prinsip nama baik dan makna kedua-dua sumpah tersebut.”

Selasa lalu, bekas pegawai kanan Jabatan Peguam Negara (AGC), Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria telah membuat laporan polis dan menggesa siasatan dijalankan terhadap Tommy berhubung kandungan bukunya yang dikatakan memfitnah dan memburukkan imej Datuk Mohamad Hanafiah sebagai penjawat awam kanan suatu masa dahulu.

 

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: