MAPIM Seru Adakan Khutbah Khas Untuk Masjid Al Aqsa Di Seluruh Negara
Kami menyeru agar Khutbah Khas isu serangan ke atas Masjid Al Aqsa oleh Zionis Israel disampaikan di seluruh negara.
Keadaan Masjid Al Aqsa kini sangat kritikal kerana serangan terbaru telah mencederakan lebih 200 ahli jemaah yang ada di dalam masjid.
Sehingga kenyataan ini dikeluarkan, keadaan di dalam Masjid Al Aqsa masih tegang. Tentera dan polis Zionis kini mengepung Masjid Al Aqsa untuk mengusir ahli jemaah keluar dari masjid tersebut.
Serangan dilakukan dengan mengguna stun grenades dan peluru besi bersalut getah.
Pencabulan berulang kali ke atas Masjid Al Aqsa tidak boleh dibiarkan. Umat Islam perlu bangkit menyatakan bantahan dan memastikan kesucian Masjid Al Aqsa dipertahankan.
Khutbah Khas perlu mengingatkan bahawa Masjid Al Aqsa wajib dilindungi. Ia ada kaitan dengan aqidah umat Islam.
Zionis Yahudi kini nekad untuk merampas masjid itu dan mendirikan kuil mereka di tapak Masjid Al Aqsa. Lebih parah, Yahudi Zionis mahu meroboh Masjid Al Aqsa itu sendiri.
Kini serangan ganas dilakukan di dalam Masjid Qibli, iaitu salah satu masjid di perkarangan Masjid Al Aqsa. Ratusan ahli jemaah telah cedera, termasuk kanak-kanak, akibat keganasan tentera dan polis Israel yang menceroboh masjid tersebut.
Kali ini provokasi lebih biadab dilakukan bila acara khas Passover Yahudi mahu dilakukan di dalam Masjid Al Aqsa. Ia suatu langkah Yahudi Zionis mahu mencabar umat Islam dan mencetuskan pertembungan besar-besaran.
Setiap masjid di Malaysia perlu mengambil kesempatan menyedarikan umat Islam mengenai situasi terkini Masjid Al Aqsa.
Setiap Ramadan Yahudi Zionis tidak pernah melepaskan peluang menceroboh Masjid Al Aqsa untuk menganggu puluhan ribu pengunjung Muslim melakukan iktikaf.
Umat Islam seluruh Malaysia, khasnya tidak boleh mendiamkan diri. Pernyataan solidariti dan persaudaraan Islam perlu dizahirkan.
Hari Al Quds Sedunia pada 14 hb April ini adalah kesempatan untuk bantahan dilakukan di hadapan kedutaan Amerika kerana AS adalah penyokong utama Israel.
Kami menyarankan Khutbah Khas perlu menyentuh perkara berikut:
1. Kedudukan, kesucian serta hubungan umat Islam dengan Masjid Al Aqsa.
2. Situasi Masjid Al Aqsa terkini yang diserang oleh Yahudi Zionis.
3. Apa matlamat Zionis Yahudi menyasarkan Masjid Al Aqsa.
4. Kewajipan mempertahan Masjid Al Aqsa
5. Apa yang umat Islam perlu lakukan untuk mempertahan Masjid Al Aqsa – Doa, Solat Hajat, Qunut Nazilah setiap waktu solat, lancar boikot terhadap Israel, sumbangan kepada tabung Al Aqsa.
Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM
Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan samudera.my