Tempatan

Mantan Menteri Kesihatan Cadang Malaysia Eksport Ketum

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 20 April 2023 – “Cadangan saya Shahril, ketum adalah benda yang asli, pokok pribumi kepada Malaysia, kita tidak boleh jual di Malaysia, tak boleh guna di Malaysia kerana di Malaysia KKM kata ketum ini tidak boleh digunakan sebab tiada bukti dan boleh mengkhayalkan.”

“Tapi kalau negara lain menggunakan ketum ni, kenapa tidak kita eksport.”

Ini cadangan mantan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam isu ketum. Kenyataan ini dikeluarkan olehnya kepada pengacara bersama, podcast ‘Keluar Sekejap’, Shahril Hamdan di saluran YouTube, semalam.

BACA JUGA: Solat Raya: JAKIM Saran Jemaah Memakai Pelitup Muka

BACA JUGA: Malaysia Nak Lahirkan Generasi Vapers? – Aminuddin Yahaya

BACA JUGA: Kerakyatan Diberikan Kepada 1 Juta Pendatang, Tun M Sanggah Kenyataan Melayu Angkuh PM

Kata Khairy menurut portal, Malaysia wajar mempertimbangkan untuk mengeksport daun ketum ke Amerika Syarikat berikutan penjualan dan penggunaannya dilarang di negara ini.

“Sebagai contoh, ketum di Amerika Syarikat adalah industri bernilai AS$1 bilion sekarang…”

“Ini bukan cadangan kita nak halalkan atau benar penggunaan ketum di negara kita. Ketum masih tidak dibenarkan.”

“Tetapi saya nak selesaikan satu masalah yang rumit ini. Saya tahu bahawa ada ketum di bahagian utara negara kita dan saya tahu bahawa ada sesetengah negara yang benarkan penjualan ketum,” kata Khairy.

Jelasnya, dalam perkara ini, Kerajaan boleh mengenakan kawalan eksport yang ketat ke atas keseluruhan proses, daripada penanaman pokok ketum sehinggalah produk akhirnya dihantar ke luar negara.

“Sebagai contoh, Kerajaan boleh menubuhkan Lembaga Ketum Negara dan menetapkannya sebagai agensi tunggal yang dibenarkan membeli ketum daripada pekebun kecil dan memproses tumbuhan itu.”

“Pihak polis dan kastam juga boleh memantau dan mengelakkan produk daripada jatuh ke tangan pihak yang salah.”

Ujarnya lagi, “Tiada kata putus soal ketum ini, cuma saya melihat dari segi sains dia, negara lain dah terima, negara kita belum lagi terima.”

“Benda tu dah ada, dah tumbuh, dah wujud, kenapa kita tidak keluarkan satu kerangka yang terhad yang terkawal dengan polis, dengan kastam, semua, supaya kita dapat eksport benda tu,” kata Khairy.

Ketum diharamkan oleh Kementerian Kesihatan kerana mengandungi bahan alkaloid psikoaktif dan didakwa masih belum terbukti secara saintifik berguna sebagai ubat di Malaysia.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: