Tempatan

Mansuh Hukum Mati Mandatori: Apa Perasaan Keluarga Mangsa Bunuh? – Aminuddin Yahaya

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 25 Mac 2023 – Timbalan Pengerusi GTA, Hj Aminuddin Yahaya mempersoalkan tindakan Kerajaan yang dilihat seperti tergesa-gesa untuk menghapuskan hukuman mati mandatori ke atas kesemua kesalahan jenayah termasuk kesalahan membunuh.

Ujarnya, kemungkinan besar hukuman mati mandatori ini akan ditukar kepada penjara seumur hidup yang selalunya sekitar 30-40 tahun.

BACA JUGA: Jemaah Menteri Setuju Mansuh Hukuman Mati, Penjara Seumur Hidup

BACA JUGA: Individu Belasah Pemandu Treler Dalam Kemalangan Maut Diburu

BACA JUGA: Dua Undang-Undang Baharu Jenayah Seksual Kanak-Kanak Dibentang 29 Mac Ini

“Jika ditolak atas ‘remission’ maka jumlah tahun sebenar penjenayah dipenjara hanya sekitar 15-20 tahun sahaja dan selepas itu akan kembali bebas.”

“Kita tidak ada masalah terhadap kesalahan lain seperti memiliki dadah dan senjata api yang tidak melibatkan kehilangan nyawa tetapi kesalahan yang menyebabkan kehilangan jiwa ie membunuh hukuman MANDATORI PERLU DIKEKALKAN.”

“Cuba bayangkan; apakah kesan psikologi kepada keluarga mangsa? Apakah mereka terpaksa berdepan dengan pembunuh keluarga mereka setelah penjenayah ini keluar? Tidakkah timbul rasa kecewa dan sedih kepada keluarga mangsa?” kata beliau.

Tambah Hj Aminuddin, siapa yang nak dilindungi; penjenayah atau keluarga mangsa? Apakah ini nanti akan menggalakkan lagi kes pembunuhan apabila penjenayah sudah tidak takut terhadap hukuman?

“Kenapa pindaan ini dilihat dibuat tergesa-gesa tanpa mengambil pandangan keluarga mangsa dan pihak-pihak lain? Kenapa mereka beriya-riya nak selamatkan pembunuh tetapi menekan perasaan keluarga mangsa?”

“Ini semua persoalan yang masih tidak dapat dijawab. Saya amat berharap semua MP yang berada di Parlimen dapat mendesak Kerajaan untuk menangguhkan amendment ini dan berbincang terlebih dahulu dengan keluarga mangsa dan pihak-pihak lain yang berkepentingan,” kata Hj Amin dengan tegas.

Samudera.my sebelum ini melaporkan, Jemaah Menteri bersetuju untuk memansuhkan hukuman mati dan hukuman penjara seumur hidup sebagai pelaksanaan perubahan sistem keadilan negara.

Beberapa dasar baharu telah diluluskan termasuk pemansuhan hukuman mati bagi kesalahan-kesalahan yang tidak menyebabkan kematian melainkan tiga kesalahan iaitu Seksyen 121 dan 121A Kanun Keseksaan dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: