Malaysia Negara Ketiga Tertinggi Dalam Senarai Mungkin Maut Di Jalan Raya
KUALA LUMPUR, 30 Julai 2023 – Malaysia direkodkan berada di kedudukan ketiga dalam senarai negara yang kemungkinan besar anda akan mati di jalan raya.
Menerusi kajian yang dilakukan oleh portal perkhidmatan langganan kereta, FINN, negara ini mencatatkan rekod sebanyak 22.48 kematian untuk setiap 100,000 penduduk dan ini menjadikan ia sebagai kedudukan ketiga tertinggi negara yang mempunyai risiko tinggi untuk mati di jalan raya.
BACA JUGA: Pemanasan Global: Mediterranean Terbakar, 9 Negara Dijilat Api
BACA JUGA: Tragedi Kepala Air Baling: Petani Hilang Punca Rezeki
BACA JUGA: Puting Beliung Rempuh 2 Perkampungan Di Melaka
“Di sebalik kedudukan ini, terdapat perbezaan yang ketara antara Malaysia dan Thailand, kerana negara itu mempunyai hampir sepuluh kematian yang lebih sedikit.”
“Malaysia adalah negara Asia ketiga dalam tiga negara teratas dengan jalan yang paling berbahaya, dan separuh daripada sepuluh teratas adalah dari benua yang luas,” kata FINN lagi.
Walau bagaimanapun, sebuah portal tempatan menafikan perkara ini dan menyatakan kajian FINN itu hanya menggunakan data daripada negara tertentu.
“Berdasarkan statistik WHO yang merangkumi 183 negara pula, Malaysia berada di tangga ke-57 dari segi kes kemalangan jalan raya, iaitu di belakang negara seperti Vietnam, Korea Utara, Sudan dan pelbagai negara Afrika,” tegas portal.