Malaysia Komited Menentang Kebijakan Imperialisme Rejim Zionis Israel – PM
KUALA LUMPUR, 16 Mei 2023 – “Malaysia mengulangi komitmen dan solidariti yang tidak berbelah bahagi terhadap rakyat Palestin dalam menentang kebijakan imperialisme rejim aparteid Zionis Israel yang rakus dan menginjak prinsip-prinsip kemanusiaan.”
Tegas Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Anwar Ibrahim sempena memperingati ulang tahun Nakba yang ke-75 semalam.
Menurut beliau, Malaysia tetap berpegang teguh dengan pendiriannya mengutuk pendudukan haram Israel ke atas Negara Palestin yang diceroboh dan penindasan terhadap rakyat Palestin yang masih terhalang daripada mendapatkan hak sebagai rakyat sah dan mutlak negara Islam itu.
BACA JUGA: Mengenang 75 Tahun An Nakba, Ribuan Berarak Di Bandar-Bandar Besar Dunia
BACA JUGA: Tangan Ghaib Punca Kerajaan Gugurkan Rayuan Kes Kalimah Allah Jill Ireland?
BACA JUGA: Cuaca Panas: Amaran Berjaga-Jaga Buat 12 Kawasan
Tambahnya, “Malaysia selaku ahli dan Naib Pengerusi Committee on the Exercise of the Inalienable Rights of the Palestinian People (CEIRPP) yang menganjurkan acara memperingati Nakba ini juga menggesa Majlis Keselamatan PBB untuk memastikan Israel bertanggungjawab terhadap kekejaman yang jelas dan pelanggaran undang-undang antarabangsa dan Piagam PBB saban tahun.”
Sehubungan itu, Malaysia menyeru komuniti antarabangsa untuk berganding bahu memastikan wujudnya noktah terhadap penindasan yang dihadapi rakyat Palestin.
“Masanya telah tiba untuk kita menggalang kekuatan dengan matlamat menamatkan ketidakadilan dan mempaculkan keadilan serta kesaksamaan,” tegas beliau menerusi kenyataan di laman Facebook.