Tempatan

Malaysia Berhenti Laksana Ujian Klinikal Haiwan, Kini Libatkan Manusia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 13 Mei 2023 – Malaysia akan mula melaksanakan ujian klinikal ke atas manusia, berbanding sebelum ini apabila mereka hanya melakukannya di makmal atau menggunakan haiwan.

Fasa percubaan klinikal ke atas manusia pertama (FIH) sudahpun dimulakan di Sarawak pada bulan lalu selepas mendapat kelulusan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), ujar Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa.

Menurutnya, pihak KKM menggalakkan lebih banyak kajian atau syarikat yang mahu memperkenalkan rawatan melakukan FIH.

“Kita ada kemudahan, disiplin bila kita laksanakan kajian tersebut dan ini menarik minat banyak syarikat-syarikat untuk melakukan FIH di Malaysia,” kata Zaliha selepas melancarkan Hari Penyelidikan Klinikal 2023 dan forum anjuran Penyelidikan Klinikal Malaysia (CRM) baru-baru ini.

BACA JUGA: MBK Keluarkan 17 Notis Tutup Premis Pusat Judi Haram

BACA JUGA: Penahanan Imran Khan Tak Sah! – Mahkamah

BACA JUGA: Log Kapten 0002 : Selamat Datang Promoter ‘Kaum Lut’ Ke Malaysia….

Tambah beliau, selain Hospital Besar Sarawak, ujian tersebut juga akan dilaksanakan di sebuah pusat penyelidikan Hospital Ampang, Selangor.

Jelasnya lagi, kemudahan FIH dapat menyumbang kepada pembangunan perubatan, sains dan kewujudan terapi baharu menerusi kaedah penyelidikan klinikal pada masa hadapan.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif CRM, Dr Akhmal Yusof berkata kajian di Sarawak akan melibatkan penyelidikan berkaitan kanser. Menurutnya, persediaan percubaan klinikal FIH juga sudah dilaksanakan lebih 10 tahun secara berperingkat.

“Antaranya, hantar pakar belajar ke pusat yang lebih tersohor macam Princess Margaret Cancer Centre di Toronto dan akhirnya kita telah bersedia.”

“Selain itu, berkat kesungguhan pasukan di Sarawak juga berjaya memupuk pengalaman supaya dapat membuat panduan.”

Beliau turut memaklumkan bahawa ujian ini akan sangat mendahulukan keselamatan pesakit malah akan dipantau dengan lebih teliti bukan sahaja oleh pemantau tetapi juga oleh komuniti kesihatan yang lain terutamanya NPRA.

“(Namun) saya rasa perjalanan panjang dan buat masa ini belum lagi ada yang mendaftarkan sebagai produk untuk digunakan,” ujarnya lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: