Malayan Funds: Dana Kekayaan Negara, Kuasa Prinsipal Ditangan Raja-Raja Melayu
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KUALA LUMPUR, 02 Februari 2023 – Kurator Kanan, Jabatan Muzium Malaysia, Puan Miti Fateema Sherzeelia Mohd Yusoff mendedahkana bahawa ketika era penubuhan Persekutuan Tanah Melayu, wujudnya Malayan Funds yang mana kuasa prinsipalnya terletak di bawah kuasa Raja-Raja Melayu.
Tambah beliau, Malayan Funds pada ketika itu berjumlah sekitar 50 ke 60 juta pound sterling dengan dipegang amanah oleh agen mahkota, iaitu Kerajaan British.
BACA JUGA: Hari Arak Bali, Gabenor Titip Pesan Jangan Mabuk, Jaga Kesihatan
BACA JUGA: Turkiye Larang Sertai NATO Jika Sweden Terus Hina Quran
BACA JUGA: Pakar HDB Singapura: “Bahaya Dari Segi Pertahanan Dan Keselamatan”-Prof Ridhuan Tee
Puan Miti Fateema Sherzeelia berkata, walaupun dana tersebut disimpan oleh agen mahkota, tetapi apabila melibatkan urusan pengeluaran dan lain-lain iaitu kuasa prinsipal Malayan Funds, ia mestilah mendapat persetujuan dari Raja-Raja Melayu terlebih dahulu.
Justeru, apabila berlaku penyerahan kedaulatan dengan tandatangan oleh Raja-Raja Melayu, ia sekali gus memberikan lesen besar kepada agen mahkota untuk menggunapakai Malayan Funds tanpa perlu mendapatkan persetujuan Raja-Raja Melayu lagi.
Kerajaan British begitu memerlukan Malayan Funds antaranya untuk membiayai kerosakan dan kemusnahan selepas perang dengan Jepun, di mana Jepun telah kalah pada masa itu.
Apabila penyerahan kedaulatan berjaya dilakukan, kesannya kepada Malayan Funds adalah Kerajaan British mempunyai kuasa prinsipal untuk menggunakan Malayan Funds mengikut apa yang dirasakan bersesuaian dengan kehendak mereka, jelas Puan Miti Fateema Sherzeelia di dalam forum atas talian sempena Hari Persekutuan Tanah Melayu 1948 anjuran Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA).