Antarabangsa

Makanan Mahal Cetus Kemarahan, Protes Ganas Meningkat Seluruh Dunia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ISTANBUL, 28 Jun 2022 – Kenaikan harga makanan dan bahan api mencetuskan kemarahan sekaligus meningkatkan protes keganasan seluruh dunia.

Lapor The Economist, susulan serangan Rusia terhadap Ukraine, harga makanan dan bahan api telah melonjak naik. Kadar inflasi yang semakin tinggi di seluruh dunia juga telah meruntuhkan taraf hidup, mencetuskan kemarahan serta menyemarakkan lagi pergolakan masyarakat dunia.

Kebanyakan kerajaan seluruh dunia ingin meredakan ketegangan tersebut namun gagal atas faktor perbelanjaan bagi pemulihan pandemik COVID-19 sebelum ini.

Ia telah memburukkan lagi keadaan sedia ada di kebanyakan negara dan meningkatkan lagi kebarangkalian wujudnya kekacauan, ujar Steve Killelea dari Institut Ekonomi dan Keamanan (IEP), sebuah organisasi pemikir Australia.

Berdasarkan kajian dibuat oleh Projek Data Lokasi dan Acara Konflik Bersenjata (ACLED), The Economist menyimpulkan bahawa kenaikan harga makanan dan bahan api adalah petanda kuat ketidakstabilan politik.

Di Turki, gangguan import makanan dan bahan api dari Ukraine dan Rusia menambahkan lagi kerosakan berpunca daripada polisi kewangan Barmy. Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mengarahkan kadar potongan harga walaupun hakikatnya harga sudah di luar kawalan.

Di India pula, terjadinya rusuhan membakar pejabat Parti Bharatiya Janata (BJP) dan menyekat landasan kereta api kerana menentang sistem ‘Agnipath’ yang memperuntukkan tempoh perkhidmatan selama empat tahun sahaja dalam ketenteraan. Dalam situasi tegang ini, ramai yang mengutamakan jaminan pekerjaan.

Malaysia turut menyaksikan impak kenaikan harga makanan apabila sesetengah pihak ditindas dan ramai yang mengambil kesempatan ketika berlaku kemelesetan ekonomi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: