Tempatan

Mahu Bantu Sri Lanka, Putrajaya Setuju Import 10,000 Pekerja Asing

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 22 September 2022 – Menurut sebuah laporan, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan menjelaskan bahawa Malaysia bakal membawa masuk 10,000 pekerja asing dari Sri Lanka sebagai usaha membantu negara tersebut.

Beliau turut menggesa majikan dan pihak yang terlibat untuk membantu mengambil pekerja asing dari Sri Lanka ini berkerja.

“Saya menggesa penggiat industri dan majikan untuk menyokong niat Kerajaan dengan mengambil pekerja migran Sri Lanka ini bekerja dan dalam memenuhkan kekosongan dalam sektor-sektor terlibat,” jelas Saravanan.

Jelas beliau, usaha ini adalah untuk membantu Sri Lanka yang dilanda krisis ekonomi baru-baru ini.

“Majikan yang sudah mendapat kelulusan kuota mereka dan telah membayar levi boleh mengambil peluang ini,” tambahnya lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: