Antarabangsa

Mahmood Abbas Gesa Bebaskan Rakyat Palestin

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

RAMALLAH, 23 Ogos 2022 – Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, menggesa semua tahanan Palestin dibebaskan dari penjara Israel.

Menurut Abbas, pihaknya tidak akan berputus asa untuk menuntut pembebasan semua tahanan Palestin.

“Kita mesti meneruskan tuntutan untuk menangani isu pelarian Palestin dan pembebasan semua tahanan,” kata Abbas ketika majlis perasmian dua projek amal di bandar Ramallah, Tebing Barat.

Pada 1993, Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) dan Israel menandatangani perjanjian Oslo, yang kononnya memberikan rakyat Palestin satu bentuk pemerintahan sivil, tetapi pelan damai itu gagal menyelesaikan pertikaian negara Palestin.

Rundingan damai antara Palestin dan Israel gagal pada April 2014 apabila Tel Aviv enggan menghentikan pembinaan penempatan dan membebaskan tahanan Palestin yang dipenjarakan sebelum 1993.

Menurut laporan berita tempatan, kini hampir 4,550 tahanan Palestin di penjara Israel, termasuk 175 kanak-kanak bawah umur dan 27 tahanan wanita, bersama-sama 670 yang lain ditahan di bawah pentadbiran Israel tanpa tuduhan atau sebarang perbicaraan.

Selama bertahun-tahun, tahanan Palestin telah menggunakan mogok lapar untuk menuntut persekitaran hidup yang lebih baik dan menamatkan hukuman penahanan selama-lamanya.

Sebelum ini, samudera.my pernah mendedahkan seorang tahanan Palestin, Khalil Awawdeh kini dalam keadaan kritikal ekoran mogok lapar yang dilancarkannya.

Khalil melancarkan serangan mogok sebagai protes atas penahanan pentadbiran yang dilakukan terhadap dirinya tanpa pertuduhan dan perbicaraan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: