Antarabangsa

Los Angeles Tidak Mahu Lagi Guna Perkataan “Homeless”

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

LOS ANGELES, 27 Ogos 2022 – Para pegawai pentadbiran Los Angeles telah muncul dengan satu kaedah baharu dalam menyelesaikan masalah gelandangan di tempat mereka, iaitu dengan menghapuskan penggunaan perkataan ‘homeless’ bagi merujuk kepada gelandangan.

Pihak Berkuasa Perkhidmatan Gelandangan Los Angeles (LAHSA) telah membuat kenyataan menerusi laman Twitter mereka bahawa label seperti “the homeless” dan “homeless people” sepatutnya diganti dengan istilah yang lebih “inklusif” seperti “people living outside” dan “people who are unhoused”.

Mereka mendakwa bahawa idea ini adalah bertujuan bagi menolak “stigma buruk” yang sering dialami oleh kelompok gelandangan dan “menitikberatkan insan melebihi status pemilikan rumah”.

“Jiran-jiran kita yang tidak berumah juga adalah manusia, dan kita hendaklah menggunakan bahasa yang menunjukkan kenyataan tersebut”, kata LAHSA.

“Marilah kita meninggalkan istilah-istilah yang ketinggalan zaman serta tidak berperikemanusiaan dan marilah kita menggunakan bahasa yang lebih merakyat”, ujar LAHSA lagi menerusi hantaran Twitter mereka.

Los Angeles merupakan sebuah kawasan yang mempunyai bilangan gelandangan yang terlalu ramai. Populasi golongan gelandangan di bandar kecil itu meningkat kepada 60,436 orang pada awal 2020, 13 peratus lebih tinggi berbanding tahun 2019.

Populasi gelandangan di bandar kecil tersebut menyumbang kepada 20 peratus daripada keseluruhan populasi gelandangan di Amerika Syarikat dengan purata lima orang daripada kelompok gelandangan mati setiap hari.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: