Antarabangsa

Lepas Seminggu Berunding, Netanyahu Berjaya Tubuhkan Kerajaan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JERUSALEM, 22 Disember 2022 – Benjamin Netanyahu telah mengeluarkan sebuah kenyataan pada Rabu lalu yang menunjukkan bahawa beliau telah berjaya mengadakan perjanjian bagi membentuk kerajaan baharu di Israel.

Perjanjian yang berjaya dibuat itu berlaku setelah beberapa proses perundingan yang sukar dengan rakan-rakan sekutunya dari kelompok agama dan kelompok jalur kanan telah mencapai persetujuan.

Netanyahu yang merupakan seorang perdana menteri paling lama berkhidmat di negara tersebut telah membuat sebuah kenyataan di laman Twitter yang menyatakan bahawa beliau telah berjaya membentuk kerajaan.

Kenyataan beliau di laman Twitter itu dimuat naik beberapa minit sebelum tarikh akhir yang telah diberikan oleh Presiden, Isaac Herzog.

Pada pilihan raya baru-baru ini, parti konservatif yang diwakili Netanyahu, Likud serta beberapa parti nasionalis dan keagamaan yang rapat dengan komuniti-komuniti ultra-Ortodoks serta mereka yang menetap di Tebing Barat telah berjaya menang dengan majoriti yang selesa.

Kemenangan pilihan raya yang berlangsung pada 1 November itu telah memberikan Netanyahu kelebihan 64 kerusi parlimen daripada keseluruhan 120 kerusi.

Barisan kerajaan baharu yang akan dipersembahkan oleh Netanyahu dalam masa seminggu itu akan mula memulakan tugas mereka, setelah setahun negara tersebut menyaksikan keadaan keganasan terburuk yang berlaku di Tebing Barat yang melibatkan kematian lebih 150 orang Palestin.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: