Lelaki Transgender Menang Mudah Pertarungan MMA Wanita
Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini
MIAMI, 17 September 2021 – Alana McLaughlin, lelaki kedua yang membuat keputusan menyertai pertarungan Seni Bela Diri Campuran (MMA) Kategori USA, telah berjaya memenangi pertempuran pertamanya di Miami pada hari Jumaat yang lepas.
Mantan tentera elit US Army Special Forces berusia 38 tahun itu berjaya mencekik leher Celine Provost sehingga memaksa petarung wanita itu untuk menyerah kalah di pusingan kedua.
McLaughlin hanya mengambil masa untuk berlatih selama setahun sebelum menyertai pertandingan MMA Wanita secara professional dengan kebenaran Suruhanjaya Tinju Negeri Florida.
Beliau mengaku agak sukar untuk mendapatkan lawan wanita yang setuju untuk bertempur dalam sama gelanggang dengannya, menurutnya, ia seolah-olah seperti “mimpi ngeri”.
Kegagahan McLaughin terbukti jauh mengatasi lawannya apabila berjaya menang mudah meskipun telah menerima hujanan tinju dari Celine yang langsung tidak memberi kesan pada kemaraannya.
Pertarungan mereka sepatutnya dilangsungkan pada bulan lepas tetapi terpaksa ditangguhkan kerana Celine menderita jangkitan wabak Covid-19 ketika itu.
Sewaktu diumumkan sebagai pemenang, McLaughlin muncul memakai t-shirt yang tertera tulisan mendesak agar pembunuhan besar-besaran golongan mak nyah dihentikan, “End Trans Genocide”.
Beliau mendesak agar lebih ramai lelaki sepertinya tidak dihalang dari segi perundangan untuk menyertai sukan kategori wanita termasuk di peringkat sekolah tinggi dan kolej.
“Jika kita mahu lihat lebih ramai atlet transgender, jika kita mahu lihat lebih banyak peluang bagi kanak-kanak trans, kita perlu cari jalan penyelesaian dalam ruangan itu dan realisasikan matlamat ini.”
“Sudah tiba masanya untuk golongan mak nyah berada dalam arena sukan dan dianggap sebagai lebih normal.”