Tempatan

Lelaki Dituduh Tendang Pintu Surau Diberkas Polis

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KAJANG, 13 April 2023 – Seorang lelaki berusia 46 tahun diberkas pihak polis selepas dipercayai menendang dan merosakkan pintu sebuah masjid di Kajang baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pengadu membuat laporan polis menyatakan bahawa suspek tidak berpuas hati dengan sistem bunyi masjid yang kuat sehingga mengganggu suspek dan penduduk berhampiran.

Ujarnya, kejadian berlaku pada jam 9:25 malam pada hari Ahad, 09 April dan pihak polis telah menahannya dan membebaskan suspek dengan jaminan polis pada keesokan hari (Isnin, 10 April).

Saksi-saksi lain turut dipanggil untuk memberikan keterangan termasuk berhubung isu penyebaran rakaman kejadian itu di media sosial, tambah Mohd Zaid.

BACA JUGA: Kerajaan Janji Bertindak Segera Kekang Isu Kekurangan Bekalan Raya Ini

BACA JUGA: KDN Bakal Senarai Hitam Syarikat Edar Al-Quran Tanpa Kelulusan

BACA JUGA: 30 Barang Disenarai Bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Aidilfitri 2023

Jelasnya, kes disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Pegawai itu turut menggesa individu yang mempunyai maklumat berhubung kejadian berkenaan untuk menghubungi pegawai penyiasat Insp Mu’az Mazlan di talian 017-978 8804 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Orang ramai juga dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi kerana ia boleh mengganggu ketenteraman awam.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: