Antarabangsa

Lelaki Dipukul Polis Kerana Peluk Islam 13 Tahun Yang Lalu

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

RAMPUR, 23 Ogos 2022 – Seorang lelaki Muslim dipukul oleh polis Uttar Pradesh apabila diketahui telah memeluk agama Islam pada 13 tahun yang lalu.

Melalui video pendek berdurasi 2.20 minit, mangsa yang bernama Abdul Qadir memberitahu, pihak polis telah datang ke kediamannya dan membawanya pergi.

Dia kemudiannya ditendang dan diseksa dengan belantan dan tali pinggang.

“Berapa lama saya perlu membuktikan bahawa saya seorang Muslim?”

“Berapa lama saya akan diganggu seperti ini?”

“Saya rasa ingin menangis tetapi saya tidak boleh. Saya hanya boleh berdoa kepada Allah.”

Video berkenaan telah mendapat perhatian pihak polis Uttar Pradesh, yang mana pihak polis mendakwa kononnya Abdul Qadir ditahan kerana pihaknya mendapat aduan mengenai mangsa.

Katanya, kes masih dalam siasatan dan tindakan undang-undang akan diambil selepas bukti dikumpul.

Sebelum ini, samudera.my pernah mendedahkan pelbagai kes yang melibatkan penindasan golongan minoriti di India.

Sejak pemerintahan Parti Bharatiya Janata (BJP) yang dikelola oleh Perdana Menteri India, Narendra Modi, segala pemakaian, makanan, rumah ibadat, hak perlembagaan serta amalan agama umat Islam akan diserang, dilarang serta dihapuskan.

Terkini, negara itu merancang untuk menjadikan negara India sebagai Hindu Rashtra atau ‘Negara Hindu’.

Menurut sumber, draf Perlembagaan India Sebagai Sebuah Negara Hindu juga telah disediakan dan bakal dibentangkan pada 2023 nanti.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: