Lelaki Campak Anak Ada Sakit Mental
Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KUALA LUMPUR, 04 Ogos 2022 – Lelaki warga Myanmar yang mencampak anak-anaknya dari Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di Kepong beberapa hari lalu didakwa mempunyai masalah kesihatan mental selepas dijangkiti COVID-19 sejak setahun lalu, menurut keterangan isterinya.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihak polis berjaya mengesan isteri lelaki itu yang berusia 28 tahun yang juga warga Myanmar bagi mendapatkan keterangan.
Menurut keterangan isterinya, suaminya itu mengalami masalah kesihatan mental selepas dijangkiti COVID-19 sejak setahun lalu dan selalu menyendiri serta bercakap seorang diri, kata beliau.
Bukan itu sahaja, kata beliau, lelaki berkenaan turut mengancam untuk membunuh diri beberapa kali sebelum ini.
Ujar ACP Beh, hasil siasatan mendapati lelaki tersebut sedang menganggur dan menghabiskan masa dengan menjaga anak-anak di rumah manakala isterinya bekerja sebagai pembantu di sebuah restoran di Kepong dan hanya mendengar khabar itu melalui media.
“Dia mendakwa yang dia pulang ke rumah di Kepong pada jam 10 malam dan mendapati suami anaknya tidak kelihatan,” jelasnya.
Tambah beliau, wanita itu cuba menghubungi suaminya namun lelaki itu tidak dapat dihubungi.
Sebelum ini, seorang bapa bertindak mencampak anaknya dan sebelum terjun dari jejambat dari di Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Kepong sehingga meragut nyawanya serta dua lagi anaknya.
Anak bongsu mereka yang mengalami patah kaki dan patah tulang rusuk kini masih dalam keadaan kritikal dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi di Hospital Selayang.