Tempatan

Lebih RM2.1 Juta Peruntukan Untuk Rumah Ibadat Bukan Islam

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KLUANG, 18 November 2022 – Kira-kira lebih RM2.1 juta Bantuan Geran Kewangan Rumah Ibadah Selain Islam (RISI) telah diberikan kepada pengerusi-pengerusi rumah ibadah bukan Islam oleh Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique semasa berlangsungnya program Semarak Uniti Keluarga Malaysia di Johor dan Pahang baru-baru ini.

Seramai 24 wakil daripada Persatuan Rumah Ibadat Selain Islam Negeri Johor menerima bantuan tersebut dengan peruntukan keseluruhan bernilai RM1,525,000.00. Sembilan rumah ibadat Buddha menerima RM547,000, empat rumah ibadat Kristian (RM271,000), tiga rumah ibadat Hindu (RM211,000) manakala lapan rumah ibadat Tao menerima (RM496,000).

Manakala, sebanyak RM594,000 pula telah diberikan kepada rumah ibadah bukan Islam di Negeri Pahang melalui pengerusi masing-masing pada petang semalam.

“Saya berharap semua rumah ibadat selain Islam yang telah menerima geran bantuan ini menggunakan peruntukan yang diberikan oleh Kerajaan dengan sebaiknya,” katanya menurut laporan media.

Inisiatif ini merupakan salah satu usaha Kementerian Perpaduan Negara membantu rumah ibadah selain Islam yang memenuhi syarat-syarat kelayakan melaksanakan kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan agar rumah ibadah berada dalam keadaan selamat dan selesa.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: