Antarabangsa

Lebih Ramai Mungkin Mati Kelaparan Berbanding Perang Di Gaza – Pengerusi Dana Pelaburan Palestin

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

LONDON, 18 Januari 2024 – “Jika tidak berhati-hati, kemungkinan lebih ramai orang akan terbunuh atau mati kerana kelaparan dan kebuluran berbanding peperangan itu sendiri,” kata Pengerusi Dana Pelaburan Palestin, Dr. Mohammad Mustafa pada Forum Ekonomi Dunia, semalam.

Tegas beliau, Israel harus membenarkan bantuan kemanusiaan untuk memasuki Semenanjung Gaza supaya penduduk mempunyai akses kepada keperluan seperti makanan, ubat, air dan elektrik.

Katanya, “Ini merupakan isu besar untuk membawa bantuan kemanusiaan. Banyak individu baik, negara dan institusi telah cuba untuk membawa masuk beberapa bantuan ke Gaza dalam beberapa minggu yang lalu.”

Menurut beliau, proses penyaringan yang dilaksanakan oleh tentera rejim haram aparteid Israel dengan ketaranya telah memperlahankan proses bantuan tersebut.

Jelasnya lagi, wang tidak akan menyelesaikan masalah di Gaza sebaliknya ia memerlukan penyelesaian politik serta revolusi logistik.

“Jika anda lihat apa yang berlaku hari ini dan bagaimana bantuan kemanusiaan dikendalikan, serta betapa susahnya bagi orang ramai hanya untuk mendapatkan (titisan) air, atau untuk mendapatkan sedikit makanan daripada trak yang datang, ini adalah bencana. Ia menakutkan, sangat sedih.”

“Jadi walaupun kita membawa barang ke Gaza, kita memerlukan sistem yang betul, sistem yang dikendalikan dengan baik untuk menguruskan usaha kemanusiaan tersebut,” tambahnya.

Dalam pada itu, sekurang-kurangnya lebih RM70 juta diperlukan untuk membina semula perumahan di Semenanjung Gaza kerana menurut Mustafa, sekurang-kurangnya 350, 000 unit rumah telah musnah sepenuhnya atau sebahagian akibat daripada perang.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: