Tempatan

Lebih 300 Siren Amaran Banjir Dinaik Taraf- JPS

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUCHONG, 18 September 2022 – Lebih 300 daripada 500 siren amaran banjir di seluruh negara dinaik taraf oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sebagai persediaan menghadapi musim Monsun Timur Laut (MTL) menjelang November ini hingga Mac tahun depan.

Datuk Dr Md Nasir Md Noh, Ketua Pengarah JPS memaklumkan bahawa siren amaran dinaik taraf dari segi bunyi dan akan disekalikan dengan pengumuman sekiranya berlaku banjir di kawasan titik panas terutamanya kawasan penempatan penduduk.

“Kita sedang tambahkan kuasa bunyi siren itu dan beri pengumuman. Siren-siren ini dipasang di kawasan kritikal berlakunya banjir di seluruh negara. Sesi libat urus dan ujian siren amaran sudah dilaksana bersama penduduk di kawasan tertentu,” ujarnya dalam Program Taklimat Agensi-Agensi Teknikal dan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana bersama Media di Markas SMART, Pulau Meranti kelmarin.

Sebelum ini, Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) yang diketuai Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob bersetuju supaya bunyi amaran awal berbeza dengan bunyi siren yang lain sepertimana bunyi ambulans dan kereta peronda polis bagi mengelakkan kekeliruan.

Selain itu, pihaknya akan meningkatkan reka bentuk benteng di kawasan takungan air, empangan, sungai, kawasan perbandaran serta pantai untuk meningkatkan tahap keselamatan akibat perubahan fenomena cuaca dunia yang mendorong kepada peruba

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: