Tempatan

Lawat Mesir Antara Bukti DAP Tidak Benci Islam – Lim Kit Siang

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PETALING JAYA, 05 December 2022 – “Semasa bergelar ahli Parlimen, saya melawat Mesir, Jordan, Turkiye, dan Indonesia untuk berjumpa dengan pemimpin Islam di samping mempelajari Islam yang saya lihat sebagai salah satu agama hebat dunia.

Kita juga ada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melayu di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Pahang, Perak dan Pulau Pinang. Jadi bagaimana Abdul Hadi boleh menuduh DAP mempromosikan Islamofobia?”

Demikian kenyataan bekas penasihat Democratic Action Party (DAP), Lim Kit Siang bahawa parti tersebut tidak pernah membenci, takut atau mempunyai apa-apa prejudis terhadap agama mahupun orang Islam.

Menurut Kit Siang, sejak tahun 1969, DAP sudah meletakkan calon Melayu untuk bertanding, malah pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), tiga ahli Parlimennya adalah daripada kaum Melayu iaitu Syahredzan Johan (Bangi), Young Syefura Othman (Bentong) dan Syerleena Abdul Rashid (Bukit Bendera).

Oleh sebab itu beliau merasakan bahawa dakwaan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengenai DAP menyebarkan Islamofobia adalah fitnah dan penipuan semata-mata.

Justeru itu, Kit Siang dalam satu laporan dikatakan mencabar Hadi Awang untuk mengemukakan bukti atau menarik semua fitnah itu kerana Islamofobia adalah tuduhan berat terutama dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia.

Bagaimanapun, pada tahun lalu, bekas penasihat DAP itu pernah mengeluarkan pandangannya mengenai ‘Kerajaan Allah’ yang dinyatakan oleh Hadi Awang kepada Kerajaan Islam termasuklah Kerajaan Perikatan Nasional yang sering mendakwa mereka adalah “Kerajaan Melayu-Islam”.

If Allah government is the best form of government in Covid-19 pandemic, why Malaysia is the last in the economist’s global normalcy index losing out to countries none of which can claim to be ‘Allah’s government’.”

Dia dikatakan merujuk kenyataan Hadi Awang mengenai Covid-19 adalah ujian kepada manusia dan hanya ‘Kerajaan Allah yang Maha Berkuasa dan Maha Sempurna’ boleh menghapuskan virus tersebut.

Selepas dakwaannya mendapat perhatian orang ramai dan liputan media, dia tampil memohon maaf dan menarik semula kenyataan tersebut kerana dikatakan tersilap serta salah faham mengenai kenyataan Abdul Hadi itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: