Tempatan

Larangan Masuk Cameron Highlands, Petani Hantar Surat Bantahan Kepada Menteri

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 01 Mac 2023 – 40 surat bantahan daripada petani serta pemegang taruh yang lain di Cameron Highlands telah dihantar kepada Menteri Kerja Raya Alexander Nanta Linggi susulan notis cadangan larangan pemanduan kenderaan sayuran di Cameron Highlands.

Ahli Dewan Undangan Negeri Tanah Rata Ho Chi Yang yang mewakili mereka memaklumkan surat bantahan tersebut mengandungi alasan kenapa larangan itu tidak dipersetujui oleh mereka.

BACA JUGA: Filem Mentega Terbang Provokasi Islam Agama Persekutuan – PUTRA Malaysia

BACA JUGA: Saudi Latih Petugas Haji Di Malaysia Kali Pertama

BACA JUGA: Sidang Dewan Rakyat Dilanjut Dua Hari Pada April

“Secara asasnya petani cuba bagi menteri faham yang sayur ini mudah rosak.”

“Selepas dituai, sayur mesti dihantar ke pasar sesegera mungkin bagi menjamin kesegaran sayur-sayuran tersebut,” katanya.

Menurutnya, larangan pemanduan itu tidak akan menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas, malah akan menjejaskan bekalan sayuran dan sekuriti makanan di seluruh negara.

Selain menjejaskan rangkaian bekalan dan logistik sayuran, hal itu juga dipercayai boleh menyumbang kepada peningkatan harga sayur.

“Larangan pemanduan kenderaan sayuran bukan sahaja tidak dapat menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas dalam jangka masa panjang, tetapi akan mendatangkan impak besar terhadap rangkaian bekalan dan logistik sayuran yang amat rumit.”

“Akhirnya, para pengguna terpaksa mengalami kemelut di mana bekalan sayuran tidak mencukupi ataupun membeli sayuran dengan harga yang tinggi,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Kementerian Kerja Raya menerusi Jabatan Kerja Raya Pahang mengeluarkan satu notis warta Persekutuan mencadangkan trak dan kenderaan mengangkut sayur dilarang menggunakan sebahagian jalan FT59 Tapah-Cameron Highlands mulai 10 pagi hingga 3 petang pada hujung minggu, cuti umum dan cuti sekolah bagi mengelakkan kesesakan di kawasan tarikan pelancong itu.

Warta itu didakwa dikeluarkan tanpa perbincangan atau penjelasan dari pihak kementerian sehingga menimbulkan kekeliruan dalam kalangan petani dan pengangkut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: