Antarabangsa

Korea Utara Benarkan Pelancaran Senjata Nuklear Atas Alasan Keselamatan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KOREA UTARA, 09 September 2022 – Kerajaan Korea Utara menimbulkan keresahan dunia apabila dilaporkan  meminda undang-undang mereka bagi membenarkan kerajaan melancarkan peluru berpandu nuklear atas alasan “pencegahan”.

Dengan penggubalan dasar ini, Korea Utara boleh melancarkan peluru berpandu nuklear milik mereka atas alasan ianya merupakan sebuah langkah pencegahan, sebagai contoh: bagi mencegah serangan dari luar, atau bagi mencegah ancaman terhadap kestabilan negara tersebut.

Menurut laporan, pindaan undang-undang tersebut juga dikatakan bertujuan untuk mengukuhkan status Korea Utara sebagai sebuah “negara bersenjata nuklear”.

“Kepentingan utama menggubal dasar senjata nuklear ini adalah untuk menggariskan sebuah ‘sempadan’ yang tidak boleh diubah – untuk menegaskan bahawa tiada ‘tawar menawar’ terhadap senjata nuklear kita,” tegas Kim Jong Un, pemimpin tertinggi Korea Utara, dalam ucapannya.

“Selagi mana senjata nuklear kekal di atas muka bumi, imperialisme masih ada, dan tindak-tanduk Amerika Syarikat (AS) serta pengikut-pengikutnya kea tas Republik kami masih belum dihentikan, usaha kami untuk memperkukuh kekuatan nuklear tidak akan tamat,” tegas Kim lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: