Tempatan

Konsep Madani Anwar Bertentangan Konsep Sebenar Dalam Islam – Muafakat

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 18 Mei 2023 – “Kajian Muafakat mendapati banyak konsep dan pemikiran yang dibawa oleh Anwar agak bertentangan dengan madani yang sebenar dalam Islam,” tegas Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ustaz Ismail Mina Ahmad.

Beliau berkata, istilah Kerajaan Madani itu sendiri sudah mengelirukan rakyat dan menimbulkan salah faham serta persoalan apakah konsep pemikiran Anwar itu sama dengan istilah madani sebenar dalam Islam.

Jelas beliau, dengan kata lain, adakah konsep madani yang diperkenalkan Anwar itu merujuk kepada kehendak al-Quran dan Sunnah?

BACA JUGA: Kes Kalimah Allah, Kerajaan Tidak Sepatutnya Tarik Balik Rayuan – Muhyiddin

BACA JUGA: Kes Rayuan Kalimah Allah, Putrajaya Langgar Titah Diraja – Bersatu

BACA JUGA: Kenapa Kerajaan Perpaduan Sekarang Tidak Mahu Merayu? – Profesor Dr Rafidah Hanim

Lantaran itu, beliau menggesa Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim menjelaskan apakah sebenarnya indeks Kerajaan Madani yang hendak dibawa.

“Muafakat meminta Perdana Menteri supaya berani berdepan dan menjelaskan kekeliruan yang timbul kerana rakyat mula mempersoalkan konsep madani Kerajaan masa kini,” katanya.

Sementara itu, Ustaz Ismail turut mengingatkan, sebagai Perdana Menteri, Anwar perlu berani untuk berdepan dengan intelektual ahli Sunnah Wal Jamaah apabila timbul isu-isu berkaitan agama Islam termasuk penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam, konsep Madani, sistem kapitalis terkawal dan banyak lagi.

“Apakah Perdana Menteri mempunyai keberanian dan kekuatan moral untuk menjelaskan perkara ini serta sanggup berdepan depan dengan intelektual ahli-ahli sunah waljamaah?” soalnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: