Tempatan

Konflik Palestin-Israel: Jangan Ragu Akan Komitmen Malaysia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 19 Oktober 2023 – Komitmen Malaysia dalam isu konflik di Palestin tidak perlu diragu atau dipersoalkan oleh mana-mana pihak, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berucap dalam Perhimpunan Agung Persatuan Undang-Undang Asean ke-14 dan Persidangan Undang-Undang Asean 2023, Anwar menegaskan Malaysia akan menggunakan segala saluran diplomatik yang ada dengan kerjasama negara sekutu antarabangsa dalam usaha menghentikan pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin di Semenanjung Gaza.

“Apa yang kita saksikan di Gaza amat sukar untuk diterima walaupun ada segelintir mereka sudah biasa melihat kesan peperangan dan keganasan.”

“Penderitaan mereka tidak terhenti terhadap tragedi yang menimpa bahkan malapetaka yang menanti.”

Mengulas lanjut, Anwar berkata kekejaman yang menimpa rakyat Palestin berkait rapat dengan undang-undang yang mana ia perlu dipertahankan.

“Itulah yang sepatutnya dipertahankan terutama membabitkan negara-negara di dunia yang sentiasa mendakwa bahawa mereka mendukung tuntutan undang-undang antarabangsa.”

“Tetapi negara yang sama ini jugalah yang cepat menangguhkan sebarang rundingan apabila ia membabitkan pendudukan kejam terhadap Palestin dan mengabaikan undang-undang antarabangsa iaitu Israel.”

“Ini kerana terdapat sesetengah negara mempunyai komitmen lebih tinggi terhadap pemerintah kuku besi yang bersikap kejam dan mempunyai tujuan jahat,” ujarnya.

Justeru, Anwar menegaskan Malaysia akan tetap berdiri teguh dalam mempertahan undang-undang antarabangsa dan menyeru kerjasama semua pihak untuk mencipta kekuatan yang mampu mengatasi sebarang cabaran.

“Sekarang adalah masa untuk bertindak. Bersama-sama, kita membentuk legasi yang akan diraikan untuk generasi mendatang,” katanya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: