Konflik China-AS: Indonesia Tidak Mahu Rakan ASEAN Berpihak
JAKARTA, 17 Julai 2023 – Ekoran ketegangan memuncak antara Amerika Syarikat (AS) dan China beberapa tahun kebelakangan ini, Presiden Indonesia, Joko Widodo menekankan bahawa ASEAN tidak boleh menjadi proksi kepada negara lain.
Lapor media tempatan, Joko Widodo berkata, “ASEAN tidak boleh menjadi medan persaingan, ia tidak boleh menjadi wakil kepada mana-mana negara, dan undang-undang antarabangsa harus sentiasa dihormati.”
“Kita di ASEAN komited untuk memperkukuh perpaduan serta menegakkan sikap berkecuali ASEAN untuk melindungi keamanan dan kestabilan di rantau ini.”
BACA JUGA: Veteran Tentera Ceroboh Penjara 2 Tahun, Pekebun Haram Ceroboh Bakal Dapat Geran – AJK Pusat GMPN
BACA JUGA: Kempen ‘Cina Sahaja’ Ketua Menteri Pulau Pinang, Lapor Portal
BACA JUGA: Bolehkah, Pencuri Tuntut Hak Harta Yang Dicuri Atas Alasan Hak Asasi Manusia – Hj Aminuddin Yahaya
Beliau berkata sedemikian dalam pertemuan Menteri Hal Ehwal Luar ASEAN di Jakarta untuk berunding mengenai isu serantau termasuk pertikaian Laut China Selatan, yang mana Beijing menuntut hampir kesemuanya, hingga krisis di Myanmar, di mana China merupakan sekutu utama junta tentera.
Menurut laporan, pertikaian perairan telah menyebabkan beberapa negara anggota ASEAN bertikam lidah dengan Beijing dan meningkatkan sokongan terhadap AS.
Ketegangan kedua-dua ekonomi terbesar dunia itu telah meningkat disebabkan pelbagai isu, termasuk latihan ketenteraan China di Taiwan dan sekatan eksport AS ke atas semikonduktor canggih.
Turut dilaporkan, mesyuarat tersebut disertai kedua-dua China dan AS, yang diplomat tertingginya telah bertemu di luar mesyuarat Khamis lalu.