Tempatan

Komuniti Dunia Harus Dibebaskan Daripada Belenggu Ancaman Senjata Nuklear – Malaysia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 29 September 2022 – “Walaupun terdapat cabaran dalam lingkungan keselamatan sejagat kita, kita perlu teguh dan cekal dalam usaha ke arah dunia yang bebas dari ancaman senjata nuclear,” berikut merupakan kenyataan Datuk Seri Saifuddin Abdullah, Menteri Luar Negeri.

Dalam hantarannya di laman Facebook, beliau turut menegaskan bahawa pertambahan senjata nuklear yang berterusan telah mewujudkan ketidakstabilan dan memburukkan lagi situasi yang sedia terjejas.

“Komuniti global kekal sebagai kambing hitam kepada senjata pemusnah besar-besaran ini disebabkan oleh tindakan tidak wajar segelintir pihak.”

“Penambahbaikan secara kualitatif yang berterusan serta pertambahan senjata nuklear memburukkan lagi situasi yang tegang, mewujudkan ketidakstabilan dan menimbulkan ancaman kepada masyarakat,” jelas beliau.

Hantaran tersebut dimuat naik beliau susulan menghadiri mesyuarat memperingati Hari Antarabangsa bagi Penghapusan Senjata Nuklear Menyeluruh yang bertujuan memperingati pengeboman atom ke atas Hiroshima dan Nagasaki di Jepun.

Namun, beliau turut menegaskan bahawa usaha ke arah pelucutan senjata nuklear perlu semakin digiatkan. Justeru, beliau mengalu-alukan penganjuran Mesyuarat Pertama Negara-Negara Berpihak kepada Perjanjian Mengenai Larangan Senjata Nuklear (TPNW).

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: