Tempatan

Ketukan Dari Kontena: Terperangkap 6 Hari, Kanak-Kanak Warga Asing Akan Dihantar Pulang

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PELABUHAN KLANG, 20 Januari 2023 – Kanak-kanak warga asing yang ditemui selepas terperangkap selama enam hari di dalam kontena di Pelabuhan Barat (Westport), Pelabuhan Klang, akan dihantar pulang.

“Susulan itu, Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Klang Selatan telah klasifikasi kes ini rujuk lain agensi (RLA) yang mana kes dirujuk kepada Jabatan Imigresen Malaysia untuk menguruskan dokumen mangsa serta penghantaran pulang dengan menggunakan kapal kargo yang sama,” kata Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong menurut laporan sebuah portal tempatan.

Berdasarkan maklumat sumber, seorang daripada kakitangan pelabuhan dikatakan terdengar bunyi ketukan dari dalam kontena yang baru tiba di Pelabuhan Barat (Westport), Pelabuhan Klang.

BACA JUGA: Isu Bekalan Telur Ayam Selesai Dua Bulan Lagi

BACA JUGA: Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Kerajaan Tidak Bersungguh?

BACA JUGA: ADUN Cadang Ladang Babi Berpusat Di Wilayah Tengah Sarawak

Siasatan lanjut dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan mendapati, sebuah kapal Mv Integra yang membawa kontena mengandungi muatan barangan am itu bertolak daripada Chittagong, Bangladesh pada 12 Januari lalu.

Kapal terbabit itu tiba di Pelabuhan Barat pada 17 Januari.

“Menurut pengadu, kira-kira jam 9 malam pada 17 Januari (Selasa), dia mendapati seorang kanak-kanak lelaki warga asing berada dalam keadaan lemah dan tidak bermaya di dalam kontena berkenaan,” kata Cha Hoong Fong.

Tambahnya, berdasarkan keterangan mangsa, ketika bermain bersama kawan di Chittagong, Bangladesh dia masuk ke dalam kontena dan terkunci sehingga dijumpai oleh pengadu.

“Mangsa dipercayai masuk secara haram ke dalam kontena ketika kapal berlabuh di Chittangong, Bangladesh.”

“Siasatan mendapati, tiada sebarang unsur jenayah yang berlaku di dalam kejadian ini.”

Oleh itu, “Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat apa jua spekulasi mengenai kes jenayah,” tegas Cha Hoong Fong.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: