Politik

Ketua Pembangkang Bertaraf Menteri, Tidak Semestinya Anwar

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 25 Ogos 2021 – Desas-desus dari kem kerajaan menyatakan, Ismail Sabri, akan meneruskan tawaran yang pernah ditawarkan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengangkat Ketua Pembangkang kepada taraf Menteri.

Ia sebahagian dari pelan untuk memastikan kestabilan politik dapat dicapai dalam memastikan negara dapat ditadbir dengan kurang pergeseran politik.

Sumber menjelaskan kestabilan politik merupakan perkara terawal yang hendak dipastikan pentadbiran baharu ini supaya tidak berlaku sebarang bentuk kacau ganggu yang tidak perlu kepada kelancaran usaha-usaha mengeluarkan negara dari kemelut ujian Covid 19 dan cabaran ekonomi.

“Walau bagaimanapun, tidak semestinya Anwar Ibrahim kekal sebagai Ketua Pembangkang. Ada kemungkinan jawatan Ketua Pembangkang akan beralih tangan berdasarkan perubahan kepercayaan dan dinamik sokongan Ahli-Ahli Parlimen pembangkang kepada Ketua Pembangkang sedia ada,” kata sumber lagi.

Sumber turut menambah, Malaysia akan melihat satu bentuk perubahan senario politik lebih menarik dengan pergerakan sokongan kedua-dua belah pihak yang belum pernah disaksikan sebelum ini.

Ketua Wira Warisan, Datuk Mohd. Azis Jamman baru-baru ini menyatakan bahawa jawatan Ketua Pembangkang boleh diberi kepada sesiapa sahaja yang layak sebagai tawaran baharu untuk rakyat bagi mendapat hasil lebih baik dalam PRU-15.

“Kuncinya adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim, kalau dia berjiwa besar, ketepikan ego, meletakkan kepentingan kepada blok pembangkang, kenapa tidak.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: