Ketamadunan Mesopotamia Datang Ke Alam Melayu Berbagi Ilmu
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KUALA LUMPUR, 06 Februari 2023 – Tamadun Mesopotamia telah datang lebih awal lagi ke Alam Melayu untuk berbagi ilmu, kata Profesor Solehah Yaacob, Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Beliau sewaktu diajukan soalan oleh wartawan samudera.my berhubung adakah menyambut sejarah Melayu itu satu rasisme, beliau berkata, ia bukanlah suatu bentuk rasisme.
“Celebrate sejarah Melayu dan peradaban Melayu, adakah itu rasisme? Bukan, kerana ini adalah bumi kita dan kita berhak meraikan apa sahaja yang kita mahu dan kita bermula pada hari ini satu langkah yang baharu di mana kita mengetahui bahawa penjajahan yang sebenarnya bukannya bermula 1511 oleh Portugis. Tetapi ia telah bermula lebih awal, lebih lama lagi di mana Mesopotamia telah datang ke alam Melayu membawa knowledge transferring.”
BACA JUGA: Tamadun Sungai Batu Mempunyai Struktur Bangunan ‘Moden’
BACA JUGA: 4 Punca Kenaikan Harga Sayur – KPDN
BACA JUGA: Krisis ASF Ladang Babi Pulau Pinang, 3 Lagi Dijangkiti
“Jadi kita sepatutnya membongkar tentang alam Mesopotamia, hubungannya dengan alam Melayu ini dengan lebih-lebih lagi dengan mendapatkan dana-dana yang besar daripada pihak Kerajaan dan berwajib untuk kita membongkar siapakah kita dan hubung kait dengan alam anbiya.”
Dalam pada itu, sewaktu diminta untuk menyampaikan sepatah dua kata kepada mereka yang mendakwa bahawa tindakan mengkaji tradisi Melayu ini satu langkah terkebelakang, regresif serta tidak moden, beliau menjawab,
“Siapa yang mendakwa begitu sebenarnya mereka terpengaruh dengan buku sejarah yang ada pada hari ini. Disebabkan itu, kita perlu menukar semula data-data yang terdapat dalam buku sejarah dan memberitahu maklumat yang benar kepada generasi baharu bahawasanya kita itu lebih lama daripada apa yang mereka dakwa,” jelasnya sewaktu ditemu ramah dalam Forum Peradaban Melayu yang dianjurkan oleh Pertubuhan Pembela-Pembela Islam (PEMBELA), 4 Februari lalu.
Forum yang diadakan di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka itu diadakan bagi merungkai dan berkongsikan segala fakta berkaitan sejarah peradaban alam Melayu serta segala kehebatan bangsa Melayu zaman kuno yang jarang dikongsikan kepada umum.