PRU-15

‘Kestabilan & Kemakmuran’ Tema Utama Manifesto BN PRU-15 – Dr Zambry Abd Kadir

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 12 Oktober 2022 – Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) mengumumkan tema utama manifesto parti itu bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ialah ‘Kestabilan Dan Kemakmuran’, kata Dr Zambry Abd Kadir, Setiausaha Agung BN.

Tema berkenaan diputuskan dalam mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional semalam yang dihadiri oleh Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Presiden-Presiden Parti Komponen dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Dewan Tertinggi parti tersebut.

Dewan Tertinggi BN juga menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas perkenan Baginda untuk membubarkan Parlimen selaras dengan kuasa-kuasa Baginda sebagaimana termaktub di bawah Perkara 40(2)(b) dan Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan.

Sehubungan itu, mesyuarat mengarahkan Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Bahagian menjalankan mesyuarat koordinasi gerak kerja dan persediaan semua jentera parti bagi menghadapi PRU-15 di peringkat Parlimen dan DUN komponen Barisan Nasional.

Perundingan pembahagian kerusi antara Parti Komponen dan Friends of BN akan dimuktamadkan.

Selain itu, Dewan Tertinggi bersetuju dengan usaha untuk mengetengahkan calon-calon baharu yang mempunyai nilai WALI iaitu winnable, acceptable dan likeable sekali gus berazam untuk mencapai 30% calon wanita.

Ujar kenyataan itu, BN komited untuk memastikan kebajikan rakyat diperkasa dan kedaulatan negara terus terpelihara dengan menawarkan polisi-polisi bersifat pro-rakyat dalam menggerakkan pembangunan sosioekonomi yang kukuh dan menyeluruh.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: