Antarabangsa

Kesatuan Eropah Bakal Kerah Servis Ketenteraan Kepada Wanita

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTokYouTubeTelegramTwitterInstagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

DENMARK, 27 Januari 2023 – Negara Kesatuan Eropah (EU) dipercayai bakal memperkenalkan perkhidmatan ketenteraan wajib kepada wanita.

Menteri Pertahanan Denmark, Jakob Ellemann-Jensen menegaskan bahawa semua orang, termasuk wanita, seharusnya bersedia dan layak untuk ditugaskan dalam Angkatan Bersenjata Denmark.

Hal ini tercetus apabila situasi ketenteraan negara itu tidak membenarkannya mempertahankan diri dengan betul sekali gus Denmark tidak lagi mampu bergantung pada sukarelawan.

Menteri itu juga percaya perlu ada lebih ramai lagi kakitangan wanita dalam ketenteraan dan berpendapat bahawa angkatan bersenjata akan memperoleh manfaat daripadanya.

BACA JUGA: Solidariti Bantahan Penghinaan Agama Islam Hari Ini

BACA JUGA: Jangan Samakan Civil Society (Masyarakat Sivil) Dengan Masyarakat Madani – Prof Dr Khalif Muammar

BACA JUGA: “LRT Zombie” Laluan Ampang Alami Kelewatan, RapidKL Mohon Maaf

Sehubungan itu, Jacob juga menyatakan bahawa Denmark dan negara jiran serta sekutunya sedang berhadapan dengan musuh dalam menghadapi Rusia, yang didakwanya akan melancarkan perang ke atas Eropah.

Menteri itu berkata, Moscow ‘mesti kalah’.

Dalam pada itu, undang-undang semasa Denmark membenarkan Angkatan Tentera mengerahkan semua lelaki cergas fizikal berumur 18 tahun ke atas, dengan perkhidmatan antara 4 hingga 12 bulan.

Sebaliknya, wanita pula tidak diwajibkan oleh undang-undang namun dibenarkan menyertai secara sukarela. Tambah Jacob, langkah tersebut juga akan membolehkan negara itu memenuhi kewajipan keanggotaan NATO.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: