Tempatan

Kes Tular Kanak-Kanak Maut Ketika Dapatkan Rawatan: HTAR Jalankan Siasatan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KLANG, 14 Julai 2023 – Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) akan menjalankan siasatan berhubung kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun ketika mendapatkan rawatan di hospital itu, maklum Pengarah HTAR, Dr Hj Zulkarnain Bin Hj Mohd Rawi.

Ujarnya menurut laporan sebuah portal tempatan, kanak-kanak yang sakit itu hadir ke Jabatan Kecemasan dan Trauma HTAR bersama bapanya pada 9 Julai lalu dan keadaannya ketika itu lemah.

BACA JUGA: Pemimpin Sokong Penceroboh Perosak Negara – Hj Aminuddin Yahaya

BACA JUGA: PRN: Terengganu Larang Kempen Di Masjid, Surau

BACA JUGA: Penceroboh Musang King: Pesalah Dibela Sampai Jadi Hero Oleh Orang Politik – Ustaz Masridzi Sat

“Pakar Perubatan Kecemasan telah memberikan rawatan sewajarnya, namun pesakit tidak dapat diselamatkan. Punca kematian masih dalam siasatan Jabatan Perubatan Forensik HTAR.”

Dalam masa sama, katanya lagi, HTAR akan terus berhubung dengan keluarga bagi perbincangan lebih lanjut (family conference) mengenai kes itu.

Baru-baru ini tular di media sosial surat kematian seorang kanak-kanak perempuan yang dikatakan mati ketika dibawa ke HTAR walaupun mangsa sempat menerima rawatan di hospital berkenaan.

Menurut surat hospital, tempat kematian pesakit adalah: “DI BAWA MATI KE HTAR”.

WhatsApp-Image-2023-07-14-at-10.06.57.jpeg?resize=300%2C188&is-pending-load=1#038;ssl=1

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: