Kes ‘Allah’ Jill Ireland, Majlis Agama Islam Negeri Tarik Balik Permohonan Pencelah
Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
PUTRAJAYA, 19 JANUARI 2023 – Tiga majlis agama Islam negeri telah menarik balik permohonan bagi mencelah rayuan Kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan berkaitan dengan hak seorang warga Sarawak, Jill Ireland untuk menggunakan kalimah “Allah” dalam pembelajaran agamanya.
Tiga majlis agama tersebut adalah Majlis Agama Islam Negeri Selangor, Majlis Agama Islam Negeri Kedah serta Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.
BACA JUGA: Trailer Filem “Pulau” Tidak Sesuai Untuk Tayangan – Menteri
BACA JUGA: “It’s just kissing”, Pengasas Bersama Undi18 Pertahan Filem “Pulau”
BACA JUGA: Semak Semula Lulus Tayang Filem “Pulau” – MAPIM
Peguam yang mewakili ketiga-tiga majlis agama negeri tersebut, Haniff Khatri Abdulla telah menyatakan bahawa beliau mempunyai arahan untuk menarik semula permohonan ketiga-tiga majlis agama negeri itu.
Mahkamah turut meluluskan permohonan Haniff untuk kesemua tiga majlis agama negeri itu menyertai prosiding rayuan sebagai ‘amici curiae’.
Sebelum ini pada September 2021, Majlis Agama Islam Negeri Johor juga turut menarik balik permohonan yang sama.
Pada 10 Mac 2021, Mahkamah Tinggi telah membuat keputusan bahawa Ireland berhak menggunakan perkataan “Allah” pada pengajian agamanya.
Menurut Hakim Nor Bee Ariffin, arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri pada 5 Disember 1986 dalam menghalang penggunaan beberapa perkataan seperti “Allah”, “Baitullah”, “Solat” dan “Kaabah” oleh orang bukan Islam adalah tidak sah dan tidak berperlembagaan.