Antarabangsa

Kerana Baja Sri Lanka Berdepan Krisis Makanan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SRI LANKA, 23 Mei 2022 – Perdana Menteri Sri Lanka, Ranil Wickremesinghe memberi amaran bahawa negara itu akan mengalami kekurangan makanan berikutan krisis ekonomi yang melanda dan berjanji akan memastikan bekalan baja mencukupi untuk musim penanaman yang akan datang bagi meningkatkan hasil tuaian.

Hal ini kerana, keputusan Presiden Sri Lanka, Gotabaya Rajapaksa pada tahun lalu yang melarang penggunaan baja kimia secara tiba-tiba demi memastikan tanaman di negara itu ditanam secara organik telah mengurangkan hasil tanaman.

Bukan itu sahaja, aktiviti import turut kurang menggalakkan yang menyumbang kepada ketidakcukupan makanan itu.

“Walaupun mungkin tidak sempat untuk mendapatkan baja bagi musim Yala (Mei hingga Ogos) ini, langkah sedang diambil bagi memastikan bekalan mencukupi untuk musim Maha (September-Mac),” kata Perdana Menteri tersebut.

Terdahulu, keputusan kerajaan Rajapaksa yang melarang penggunaan baja kimia telah merencatkan pengeluaran hasil negara terutamanya pengeluaran beras.

“Tidak ada gunanya bercakap tentang betapa sukarnya kehidupan,” kata A.P.D Sumanavathi, seorang wanita berusia 60 tahun yang menjual buah-buahan dan sayur-sayuran di Pasar Pettah, Colombo.

Sri Lanka yang bergantung kepada aktiviti pelancongan turut menghadapi kekurangan bahan api, tukaran mata wang asing serta ubat-ubatan, malah aktiviti ekonomi turut merosot.

“Tanpa gas, tanpa minyak tanah, kita tidak boleh berbuat apa-apa,” kata Mohammad Sazly, seorang pemandu sambilan.

“Pilihan terakhir apa? Tanpa makanan kita akan mati. Itu akan berlaku seratus peratus,” tambahnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: