Ekonomi

Kerajaan Perkenal Semula PEMUDAH, Lebih Mesra Perniagaan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 11 Februari 2023 – Kerajaan akan memulakan kembali platform Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH) bagi menyelesaikan proses dan prosedur di peringkat Kerajaan, sekali gus mempercepatkan urusan perniagaan serta industri.

Menurut Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, platform yang diwujudkan sejak 15 tahun lalu itu akan dipengerusikan bersama oleh beliau dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Ujarnya, PEMUDAH akan diaktif semula bagi mempercepatkan dan memudahkan urusan perniagaan dan industri di antara pihak Kerajaan dan swasta.

BACA JUGA: Kenapa Peguam Negara Belum Dakwa Superman Hue? – Buzze Azam

BACA JUGA: Warga Berketurunan Turkiye Di AS Bantu Gempa Terburuk Abad Ini

BACA JUGA: Kartel Kawal Kuota Umrah: Enam Direman, Rasuah RM10.8 Juta

Ia juga satu usaha bagi memastikan Malaysia sebagai destinasi yang mesra perniagaan dan pelaburan.

“Saya telah maklumkan kepada wakil-wakil industri bahawa pentadbiran ini akan memulakan kembali platform PEMUDAH.”

“Harapan kami, (inisiatif) ini akan mempercepatkan lagi usaha kita untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi dan pasaran yang mesra perniagaan,” katanya pada sidang akhbar selepas sesi ‘Kick-Off’ Dialog Strategik: Pemerkasaan Industri Untuk Memacu Pertumbuhan Ekonomi Dalam Era Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) pada Jumaat.

Tambah Rafizi, PEMUDAH mempunyai kesan yang baik namun agak perlahan kebelakangan ini selepas diwujudkan lebih 15 tahun lalu.

“PEMUDAH perlu semula kerana dari segi kebolehsenangan melakukan perniagaan adalah sangat penting kepada pelabur dan kepada perniagaan.”

PEMUDAH adalah inisiatif Kerajaan yang ditubuhkan pada 2007 untuk memudahkan kerjasama sektor awam-swasta.

Ia bertujuan untuk meningkatkan peranan sektor swasta sebagai pemacu utama produktiviti dan pertumbuhan ekonomi, serta menjalin hubungan strategik yang kukuh dengan Kerajaan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: