Kerajaan Mahu Banteras Miskin Tegar Menjelang 2025
KUALA LUMPUR, 14 Mac 2023 – Garis kemiskinan semasa akan dikemaskini dengan kaedah baharu selaras dengan keadaan ekonomi semasa.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Armizan Mohd Ali, Kerajaan komited untuk membasmi kemiskinan dan mencapai kadar kemiskinan tegar sifar menjelang 2025.
BACA JUGA: Fatwa SIS Sesat: Mahkamah Syariah Ada Bidang Kuasa Eksklusif – Mahkamah Rayuan
BACA JUGA: Trend Pengundian PRU-15, Kedudukan PH Di Selangor Tergugat
BACA JUGA: Firma SIMBA Sedia Perkhidmatan Undang-Undang Rentas Pelbagai Bidang Kuasa
Katanya, Kementerian Ekonomi dan Jabatan Perangkaan sedang dalam kajian untuk menghasilkan kaedah baharu bagi mengukur kemiskinan mutlak, bagi menggantikan pendapatan garis kemiskinan semasa.
“Kaedah pengukuran baharu ini mesti dikaji secara menyeluruh bagi memastikan ia dapat dilaksanakan dengan baik di semua peringkat,” katanya dalam jawapan bertulis Parlimen menjawab soalan Suhaili Abdul Rahman (PN-Labuan) yang bertanyakan sama ada Kerajaan bercadang mengubah garis kemiskinan selaras dengan keadaan ekonomi semasa.
Pada masa ini, garis kemiskinan ditetapkan pada RM2,208 manakala isi rumah disifatkan miskin tegar jika pendapatan bulanannya kurang daripada RM1,169.
Sehingga 28 Februari lepas, terdapat 302,694 ketua isi rumah di negara ini yang disenaraikan sebagai miskin dan 124,519 sebagai miskin tegar dalam pangkalan data eKasih.