Tempatan

Kerajaan Madani Mengalu-Alukan Teguran Golongan Ulama – PM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SHAH ALAM, 28 Mei 2023 – Kerajaan hari ini sangat mengalu-alukan teguran ulama untuk memperbaiki segala kelemahan yang ada.

Demikian kata Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim selepas merasmikan Program Muzakarah Ulama-Umara sempena Festival Turath Islam Selangor 2023 semalam.

Anwar menyatakan bahawa Kerajaan membuka ruang seluas-luasnya kepada golongan agamawan terutama para ulama untuk menegur pentadbiran Kerajaan sedia ada.

Menurut beliau, “Tiada langsung perbezaan pendapat, ulama boleh tegur dengan baik, menghormati dan mendampingi supaya dapat diperbaiki, itu yang ditekankan oleh kedua-dua ulama. Bukan untuk mencerca dan kita nak menghukum.”

BACA JUGA: Jabatan Penjara Benar Lawatan Keluarga 2 Hari Sempena Pesta Menuai

BACA JUGA: YPPM Gesa Isytihar Pondok Pesantren Di Jawa Barat Sebagai Sesat

BACA JUGA: Cuaca Panas: Aktivis Gesa Tindakan Realistik Diambil

Selain itu, Perdana Menteri juga mengingatkan Jemaah Menteri supaya memberi respon baik apabila menerima teguran daripada golongan berkenaan.

Ujarnya, “Bila kepimpinan dengan ulama, bercakap dengan ikhlas dan berani menegur dan diterima dengan baik teguran itu dan menjawab dengan baik.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: