Tempatan

Kerajaan Kaji Penyelesaian Beban Para Guru

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 25 Mac 2023 – Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying memaklumkan kementerian sedang mengkaji keperluan mewujudkan pembantu guru bagi mengurangkan beban tugasan yang perlu digalas golongan itu ketika ini.

Sebelum ini, katanya Kerajaan telah melaksanakan tujuh langkah bagi memastikan isu beban tugas guru dapat ditangani segera bermula sesi persekolahan tahun ini.

BACA JUGA: Berhenti Eksploitasi Orang Asli – Titah Sultan Johor

BACA JUGA: Prejudis (Taksub?): Melayu Sahaja Taksub? – Hezri Sardi

BACA JUGA: Kedudukan Islam Terpelihara Di Bawah Perlembagaan – Haniff Khatri

Antara dimaksudkan termasuk memansuhkan pertandingan, sambutan atau majlis pada semua peringkat yang tidak memberi impak besar terhadap pembelajaran murid dan pelaksanaan penilaian kendiri sekolah Standard Kualiti Pendidikan Malaysia 2023 yang membabitkan guru kepada setahun sekali saja.

Tambahnya lagi, Kerajaan juga melaksanakan penetapan waktu mengunci masuk rekod kehadiran murid yang lebih fleksibel dalam sistem e-kehadiran sekolah KPM iaitu pukul 12 tengah hari untuk sesi pagi dan pukul 5 petang untuk sesi petang.

“Selain itu, Kerajaan juga melaksanakan pelantikan pengawas peperiksaan awam terbuka kepada individu selain guru yang sedang berkhidmat seperti pesara kerajaan, pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) dan institut pengajian tinggi.”

Seterusnya, autonomi guru dalam perancangan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta pentaksiran bilik darjah pula diperkukuh dengan menjadikan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran sebagai rujukan.

“Penganjuran sambutan Hari Guru Tahunan turut dihadkan kepada peringkat kebangsaan dan sekolah saja,” katanya di Dewan Negara bagi menjawab soalan Senator Datuk Arman Azha Abu Hanifah mengenai rangka perancangan kementerian bagi menyelesaikan permasalahan beban kerja guru yang membawa kepada persaraan awal golongan pendidik.

Hui Ying berkata KPM amat menggalakkan guru terus mengajar sehingga tibanya waktu mereka bersara wajib pada usia 60 tahun, namun tidak menghalang jika guru bersara awal kerana ia merupakan hak setiap guru.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: