Tempatan

Kerajaan Bakal Tubuh Pasukan Khas Banteras Perlombongan Haram

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 09 Mei 2023 – Kerajaan bakal menubuhkan pasukan khas bagi membanteras aktiviti perlombongan haram pelbagai jenis galian seluruh negara, ujar Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Menurutnya, “Kita akan menguatkuasakan kes aktiviti perlombongan haram ini kerana ia bukan sahaja merugikan ekonomi, malahan menjejaskan teruk keseimbangan alam.”

Beliau juga memaklumkan bahawa Kerajaan Persekutuan akan bekerjasama dengan kesemua Kerajaan Negeri dalam penubuhan pasukan khas yang akan melibatkan polis, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia serta Jabatan Perhutanan Negeri-Negeri.

BACA JUGA: Pejuang Hamas Kutuk Pengajaran Bible Di Masjidil Aqsa

BACA JUGA: DAP Alergik Dengan Perpaduan Melayu – Hj Aminuddin Yahaya

BACA JUGA: SAREX LIMA ’23: Larangan Terbangkan Dron Di Langkawi, Kedah

Pihak Kerajaan turut melihat potensi besar mineral dalam meningkatkan pendapatan negara dengan nilai keseluruhan dianggarkan mampu mencecah sehingga RM4 trilion.

Jelas Fadillah yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi, Kerajaan prihatin dengan pendedahan media terhadap perlombongan haram unsur nadir bumi dengan Kedah menjadi negeri terbanyak aktiviti tersebut.

Sementara itu, Kerajaan juga bercadang menggunakan lateks atau susu getah tempatan dalam pembuatan sarung tangan sebagai cara menambah baik pendapatan pekebun kecil getah tempatan.

Maklum beliau, inisiatif itu sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada getah import yang mencecah RM3 bilion setahun.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: