Tempatan

Keputusan Saman Sekolah Vernakular 2 Hari Lagi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 27 Disember 2021 – Peguam, Mohd Khairul Azam bin Abdul Aziz memaklumkan bahawa keputusan saman sekolah vernakular akan diumumkan dalam masa dua hari lagi.

Keputusan sama ada sekolah vernakular ini bertentangan atau tidak dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan akan diumumkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, YA Dato Nazlan Hj Ghazali.

“Sama ada kedudukan sekolah vernakular selama ini bertentangan dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan atau tidak kerana tidak menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama.”

“Jika bertentangan maka bermaksud semua sekolah vernakular tidak boleh dianggap sekolah milik Kerajaan Persekutuan dan tidak layak menerima apa-apa bajet negara dari duit rakyat,” kata beliau yang lebih dikenali dengan nama Buzze Azam.

Tambah Mohd Khairul, walau apa pun keputusannya 29 Disember 2021 ini, pihak yang kalah pasti akan membuat rayuan ke Mahkamah Rayuan dan selanjutnya ke Mahkamah Persekutuan sebagai gelanggang terakhir.

Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) Hj Aminuddin Yahaya pula berkata, para peguam yang mewakili plaintif sudah pun mengemukakan segala hujahan di hadapan hakim.

Ini masanya untuk mahkamah buat keputusan.

Oleh itu, beliau menjemput mereka yang berkelapangan untuk hadir ke mahkamah menunjukkan solidariti terhadap perjuangan NGO-NGO dan para peguam ke arah sistem satu aliran.

“Kita hanya mampu berdoa dan bertawakal, mudah-mudahan keputusan berpihak kepada usaha-usaha ke arah sistem satu aliran kebangsaan nanti” kata Hj Aminuddin.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: