NGO

Kenyataan Menghasut Lim Guan Eng, Wira PUTRA Buat Laporan Polis

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

LAPORAN POLIS TERHADAP KENYATAAN LIM GUAN ENG YANG MENGHASUT MEMBENCI KEPIMPINAN ORANG MELAYU DAN ISLAM

Wira PUTRA kesal dengan kenyataan Ahli Parlimen DAP iaitu Lim Guan Eng yang telah diterjemah dari sebuah akhbar cina tempatan yang sengaja menakut-nakutkan serta cuba mewujudkan persepsi buruk terhadap Islam.

Malam ini Wira PUTRA bersama kepimpinan PUTRA Negeri Pulau Pinang telah membuat laporan polis berhubung kenyataan yang telah dikeluarkan oleh bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

Wira PUTRA mengingatkan, selama tempoh lebih 66 tahun merdeka, negara ini dipimpin majoriti oleh pemimpin Melayu dan beragama Islam termasuklah di negeri-negeri. Namun begitu belum pernah ada mana-mana negeri yang dipimpin oleh orang Melayu beragama Islam yang menindas dan menzalimi orang bukan Islam termasuklah orang Cina.

Segala hasil dan mahsul di tanah air ini dikongsi dan diberi peluang kepada orang bukan Melayu untuk meraih pendapatan dan kekayaan. Begitu juga dari segi agama dan budaya bangsa mereka yang boleh diamalkan secara aman di negara ini.

Ini termasuk negeri Kelantan yang dipimpin oleh 100% pemimpin Melayu Islam yang seluruh dunia mengetahui terdapat patung Buddha yang tinggi dan panjang di Asia Tenggara. Malah penganut mereka bebas untuk datang dan melakukan upacara keagamaan mereka.

Wira PUTRA berharap PDRM mengambil langkah segera terhadap Lim Guan Eng atau sesiapa sahaja yang melakukan penghinaan, hasutan seolah-olah menghina kepimpinan orang Melayu Islam sedangkan kerajaan mereka mengakui menjulang perpaduan tetapi cuba melahirkan kebencian di antara penganut agama dan kaum di Malaysia ini. Ia juga seperti mencabar DYMM YDP Agong selaku pemimpin utama orang Melayu dan rakyat Malaysia yang juga merupakan payung kepada agama Islam di negara ini.

Muhammad Fazreen Johari
Naib Ketua Pergerakan Wira PUTRA Malaysia

Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan samudera.my

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: