Kenyataan Ekstrem PAS Larang Valentine & Bon Odori, Ceroboh Hak Bukan Islam, Penjelasan Tuan Ibrahim Tuan Man
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KUALA LUMPUR, 17 September 2022 – “Pemimpin Kanan PAS mengeluarkan kenyatan yang dianggap konservatif, kadangkala ekstrem terhadap masyarakat majmuk seperti saya ambil contoh mengkritik aktiviti Bon Odori yang sudah 40 tahun ada di Malaysia, larangan Oktoberfest, Valentine Day dan lain-lain. Kenyataan sebegini memberi pandangan yang negatif bahawa PAS kurang inklusif dan kononnya mencampur tangan hal ehwal budaya bukan Islam dan campur tangan dalam urusan kehidupan dan juga perniagaan masyarakat bukan Islam. Apakah pandangan Datuk Seri?”
Demikian soalan yang telah diajukan kepada Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man oleh pengendalinya, Lum Chih Feng dalam rancangan Feng Ren Guan.
Menjawab kepada pertanyaan tersebut, beliau berkata perayaan Oktoberfest yang baru beberapa tahun masuk itu bukanlah budaya Malaysia, bukan budaya orang Cina dan orang Melayu sendiri tetapi ia adalah perayaan yang menjadi budaya orang barat.
Mengulas mengenai festivel Bon Odori pula, PAS tidak menghalang sesiapa yang ingin pergi tetapi tidak membenarkan orang Islam sahaja kerana di situ ada nilai keagamaan yang tidak boleh kepada orang Islam.
Ini kerana, Islam sendiri melarang orang Islam terlibat dalam urusan agama lain kerana wujud soal kepercayaan dan sebagainya.
“Sama juga orang Cina, nak masuk tengok masjid tidak apa, tetapi nak suruh dia sembahyang tentulah tidak boleh kerana nilai agama.”
“Agama ini ada sempadannya,” jelas Dato’ Sri Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man dalam video temubual yang dimuat naik oleh beliau di Facebook.
Selain itu, beliau juga menegaskan bahawa PAS tidak pernah melarang orang bukan Islam minum kerana itu adalah urusan mereka tetapi yang disekat adalah kepada orang Islam sahaja.