Kementerian Sambut Baik Cadangan Turap Jalan Guna Getah Tempatan
PUTRAJAYA, 17 Februari 2023 – Cadangan penggunaan getah beku (cup lump) yang dicampur bitumen atau dikenali sebagai Bitumen Terubahsuai Getah Bekuan (CMB) untuk menurap jalan raya disambut baik Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK).
Menurut sumber industri, setelah isu itu dibangkitkan, satu mesyuarat khas dihadiri pihaknya bersama KPK bagi membincangkan isu tersebut.
BACA JUGA: Babi Hutan Bermaharajalela Di Tanah Terbiar
BACA JUGA: Penduduk Selayang Mengamuk Pasar Borong ‘Dijajah’ Pelarian Rohingya
BACA JUGA: PERHATIAN, Ribut Petir Bakal Langgar 5 Negeri Hari Ini
“Penggunaan CMB sebenarnya sudah ada persetujuan di antara Lembaga Getah Malaysia (LGM) dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) pada 2021. Cuma pelaksanaan saja yang tidak dibuat.”
“Saya baru selesai menghadiri mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah, pihak pengurusan tertinggi KPK yang mempengerusikan mesyuarat itu. Kementerian bersetuju membawanya ke Kabinet.”
Jelasnya, kementerian bercadang memasukkan isu ini sebagai salah satu perkara yang akan diketengahkan dalam retreat akan datang.
“Kementerian juga akan mengadakan retreat, di dalamnya mereka akan memasukkan isu ini sebagai salah satu perkara yang akan diketengahkan. Jadi, kena tunggu Ketua Pengarah satu agensi berkaitan menyiapkan laporan tentang CMB dulu.”
Dalam pada itu, Ketua Biro Penerangan Persatuan Kebangsaan Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia (PKPKM), Amran Jaafar berharap usaha itu akan dilaksanakan untuk membantu memperkasakan industri tersebut.
Terdahulu, sumber rapat industri mendedahkan usaha untuk menggunakan getah asli dipatahkan oleh orang tengah dan pelobi asing dari China dan India yang memonopoli industri berkenaan.
Jelasnya, kumpulan pelobi berkenaan tidak mahu menjejaskan perniagaan mereka jika getah beku tempatan digunakan secara meluas dalam penyelenggaraan jalan raya.