Tempatan

Kemarau Sukarkan Pembekalan Air Bersih Di Kelantan Menjelang Raya

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KOTA BHARU, 20 April 2023 – Air Kelantan Sdn. Bhd (AKSB) mengalami kesukaran dalam membekalkan air bersih kepada pengguna sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri berikutan kemarau yang melanda sejak awal Ramadan lalu.

AKSB dalam kenyataannya berkata, Loji Rawatan Air (LRA) Kelar, Pasir Mas menurun daripada 80 juta liter sehari (JLH) kepada 63 JLH.

BACA JUGA: Kementerian Sahkan Malaysia Berisiko Gempa Bumi

BACA JUGA: Aidilfitri: Ribut Petir Dijangka Landa Malaysia Dua Hari Berturut-Turut

BACA JUGA: Solat Raya: JAKIM Saran Jemaah Memakai Pelitup Muka

“Pengurangan air mentah disebabkan oleh keadaan musim kemarau yang berterusan dan bakal menjejaskan bekalan air di kawasan jajahan Pasir Mas dan sebahagian Jajahan Tumpat, dengan hampir 40 ribu akaun.”

Chicha (Kota Bharu) pula dihentikan pengambilan air sungai (surface water) akibat penerobosan air masin di Telaga Pengumpul Jejari (HCW) Pasir Tumboh dan kandungan chloride dalam air yang tinggi.

“Masalah luar jangka ini menyebabkan penyusutan air terawat sebanyak lebih kurang 11 (JLH).”

Susulan itu, bekalan air dijangka terjejas di kawasan jajahan Kota Bharu Timur, jajahan Kota Bharu dan jajahan Bachok yang melibatkan lebih kurang 20,500 akaun.

Selain itu, sebuah telaga yang runtuh di LRA Perol telah menyebabkan belakan air terawat mengalami kekurangan sebanyak 2 JLH.

Untuk mengatasi masalah bekalan air, pihak AKSB akan menyediakan sembilan buah lori tangki air milik AKSB dan 31 buah lori air kontrak di seluruh jajahan untuk mengisi air di tangki statik dan menghantar bekalan kepada pengguna yang menghadapi gangguan.

Pada masa sama, sebanyak enam buah lagi lori tangki air kontrak bagi Kota Bharu Selatan, Kota Bharu Timur, Tumpat, Pasir Mas dan Bachok telah ditambah bagi melancarkan operasi.

“Untuk itu, kami (AKSB) telah memastikan lori-lori ini diselenggara dengan baik dan dapat beroperasi dengan sempurna semasa musim perayaan Hari Raya Aidilfitri kali ini.”

“Kesemua LRA, selain daripada yang dinyatakan akan beroperasi dengan kapasiti maksima dengan keseluruhan pengeluaran air melebihi 500 JLH.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: