Anak Seni

Kecam Lawak Hina Agama, Afdlin Shauki Tarik Balik Sokongan Kelab Crackhouse Comedy

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 14 Julai 2022 – Berdasarkan info-info yang terkini yang telah diberi kepada saya oleh rakan-rakan dan seperti mana yang saya terangkan semalam di live bersama Amin Idris, saya dengan sekeras-kerasnya terus mengecam apa-apa perbuatan menghina agama di pentas lawak. Walaupun hanya segelintir, jika ianya berterusan akan menjadi barah.

Perbuatan-perbuatan seperti di atas yang dibanggakan membuat saya rasa jijik dan saya tak boleh lagi memberi sokongan kepada Crackhouse Comedy Club!

Walaupun sokongan saya sebelum ini hanya bertujuan untuk kesinambungan rezeki pelawak-pelawak yang kebanyakannya mempunyai lawak yang berkualiti dan tak menghina sesiapa.

Sekarang ni nasihat saya pada pelawak-pelawak stand-up, cari dahulu tempat alternatif untuk mencari rezeki pasal benda ni takkan settle awal dan seharusnya kita biarkan pihak berkuasa buat kerja mereka dan jika mereka disabit kesalahan, mereka mestilah menerima pembalasannya.

Abang mendoakan agar adik-adik pelawak yang terkesan sentiasa dilindungi sewaktu dugaan ini dan rezeki korang terus murah. Kita hanya boleh berjuang berdasarkan informasi yang diterima dan pada ketika ini, informasi ni membuat abang tak boleh lagi menyokong agar Crackhouse terus dibuka.

Sekian.

Afdlin Shauki

Sumber Asal: FB Afdlin Shauki

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: